Isnin, 22 Mei 2017

AIR TERJUN JELAWANG, TAMAN NEGERI GUNUNG STONG.

Assalamualaikum,

Air Terjun Berlata yang dikatakan salah-satu yang tertinggi di Asia Tenggara. Terletak dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Stong dan kini lebih dikenali sebagai Taman Negeri Gunung Stong.

Laluan masuk utama adalah melalui "Gunung Stong State Park Resort" yang diurus oleh Perbadanan Kraftrangan Negeri Kelantan (2017). Sebelum ini telah diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dibawah pengurusan Perdana Stong Hill Resort.
Resort ini mula dibangunkan pada 1984 dan siap sepenuhnya pada tahun 1986 tetapi pelbagai cerita yang kelihatannya Resort ini seperti tidak terurus seadanya,

Pelbagai laluan masuk ke Air Terjun Jelawang ini, tetapi yang paling popular adalah:
1. Laluan Resort
2. Laluan Kampung (Belakang RnR Putra)
3. Laluan Stong Challenge.

Bermandi-manda disini amat menyeronokan kerana kesunyian kawasannya yang didengari hanya deruan air terjun yang mengalir deras. Apapun perlu berhati-hati apabila musim hujan kerana fenomena "Kepala Air" atau "Flush Water" yang menyebabkan paras air naik secara mendadak. Keadaan ini merbahaya sekiranya melintas atau mandi pada ketika itu.

Puncak air terjun ini adalah "Basecamp" atau "Baha Camp" yang merupakan tapak perkhemahan yang diuruskan oleh "Keluarga Pak Do Baha" (1980an - 2017). "Campsite" ini merupakan tempat persinggahan pendaki sebelum menawan 9 puncak yang ada di kawasan Taman Negeri Gunung Stong. Puncak yang paling popular adalah Puncak Stong (1,420 masl) dan Puncak Ayam (1,522 masl). Puncak lainya adalah Puncak Baha, Nyelit, Beirut, Kob, Che Tahir, Tera dan Noring.

Hayati Keindahan Alam, Kami Menemani Anda.

Terima Kasih.

Alan Deuter

GUA BATU KAPUR, DABONG, KELANTAN.

Assalamualaikum;
Mengimbau kembali kenangan lama semasa menyusuri gua-gua batu kapur di Dabong amat mengasyikkan. Gua Ikan, Gua Pagar, Gua Keris dan Gua Gelap masing-masing mempunyai keunikan yang tersendiri. Bukan sahaja kerana kepelbagaian "Formasi" yang terbentuk akibat aktiviti alam semulajadi gua bahkan kerana kelainan suasana setiap kali menjejak kaki kesini. 
Cahaya yang memasuki ke ruang gua dari pelbagai sudut menampakkan kelainan pada dinding-dinding gua terutama kepada "Flow Stone" iaitu laluan air yang membentuk batuan dinding pelbagai corak. 
Gua Keris dengan formasi hasil gabungan "stalaktit" dan "stalakmit" yang menjadi "column" berbentuk keris begitu jelas sekali pada pandangan setiap pengunjung. Lebih mengasyikkan bila sampai ke lokasi dalam gua yang di sinari cahaya matahari dikenali sebagai "God Light". Hanya pengunjung yang datang tepat pada waktunya sahaja boleh melihat cahaya ni.
Dengan suluhan lampu didalam gua, kita akan dikejutkan dengan kilauan dari dinding seakan-akan "berlian" atau "kristal". Ini adalah hasil daripada garam yang dibawa titisan atau aliran air bila melalui rekahan bumbung gua atau "kast line".
Selain itu, keunikan spesis tumbuhan gua begitu berlainan berbanding kawasan lain. Ianya membentuk habitatnya yang tersendiri. Gaya "Evolusi" dapat dilihat dengan jelas bila dihayati.


Usia batu kapur ini yang lebih dikenali sebagai Kompleks Rekreasi Gua Ikan adalah antara 150-200 juta tahun.Pelbagai zaman telah dilaluinya dan tentunya gua ini manyimpan pelbagai data khazanah silam. Bukan sahaja data perubahan iklim atau cuaca bahkan data pelbagai organisma disekitarannya.

Paling menarik bila melihat sarang labah-labah di atas pelantaian gua dan dinding gua. Spesis labah-labah ini sering diperkenalkan oleh "Guider" sebagai "Trap door spider".
Kesan luluhawa dan kombinasi tumbuhan mati melihatkan satu kepala "Ape" atau lebih dikenali sebagai "Monkey Head Stone" yang benar-benar menyerupai kepada Gorila pada dinding Gua Pagai.

"Flow Stone" yang menyerupai berhala dan gajah sukar untuk dirakam oleh lensa kerana ianya wujud atas biasan cahaya matahari dan hanya mampu dirakam oleh memori minda.

"Fossil", "Guar Pool", "Flow Stone", "Balsam", "Guano", Fruit Bat" dan berbagai-bagai lagi yang dilihat amat mengujakan apa lagi bila diperlihatkan satu istilah baru iaitu "stalakman" di Gua Keris. Ini semua bukan sahaja asyik, bahkan mencuit hati dalam keseriusan menyusuri gua ini.

Khazanah Alam Semulajadi ini masih belum tercemar dan ketika ianya masih wujud; sama-samalah kita kunjungi dan hayatinya. Semakin ramai ia dikunjugi semakin ianya dihargai dan semakin berpeluang untuk ianya di pelihara oleh pihak-pihak tertentu.

Hayati Keindahan Alam, Kami Menemani Anda.
 
Terima Kasih.

Alan Deuter
21/5/2015




Data :
* Kompleks Taman Rekreasi Gua ini ini terletak di Dabong, Kelantan, MALAYSIA.
* Ianya boleh lawati dengan berkenderaan sendiri atau dengan menaiki keretai dari Wakaf Bharu ke Dabong.
* Maklumat lanjut untuk perjalanan boleh mengunjugi SR Outdoor Gear Centre di Kota Bharu, Kelantan.