Isnin, 22 Mei 2017

AIR TERJUN JELAWANG, TAMAN NEGERI GUNUNG STONG.

Assalamualaikum,

Air Terjun Berlata yang dikatakan salah-satu yang tertinggi di Asia Tenggara. Terletak dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Stong dan kini lebih dikenali sebagai Taman Negeri Gunung Stong.

Laluan masuk utama adalah melalui "Gunung Stong State Park Resort" yang diurus oleh Perbadanan Kraftrangan Negeri Kelantan (2017). Sebelum ini telah diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dibawah pengurusan Perdana Stong Hill Resort.
Resort ini mula dibangunkan pada 1984 dan siap sepenuhnya pada tahun 1986 tetapi pelbagai cerita yang kelihatannya Resort ini seperti tidak terurus seadanya,

Pelbagai laluan masuk ke Air Terjun Jelawang ini, tetapi yang paling popular adalah:
1. Laluan Resort
2. Laluan Kampung (Belakang RnR Putra)
3. Laluan Stong Challenge.

Bermandi-manda disini amat menyeronokan kerana kesunyian kawasannya yang didengari hanya deruan air terjun yang mengalir deras. Apapun perlu berhati-hati apabila musim hujan kerana fenomena "Kepala Air" atau "Flush Water" yang menyebabkan paras air naik secara mendadak. Keadaan ini merbahaya sekiranya melintas atau mandi pada ketika itu.

Puncak air terjun ini adalah "Basecamp" atau "Baha Camp" yang merupakan tapak perkhemahan yang diuruskan oleh "Keluarga Pak Do Baha" (1980an - 2017). "Campsite" ini merupakan tempat persinggahan pendaki sebelum menawan 9 puncak yang ada di kawasan Taman Negeri Gunung Stong. Puncak yang paling popular adalah Puncak Stong (1,420 masl) dan Puncak Ayam (1,522 masl). Puncak lainya adalah Puncak Baha, Nyelit, Beirut, Kob, Che Tahir, Tera dan Noring.

Hayati Keindahan Alam, Kami Menemani Anda.

Terima Kasih.

Alan Deuter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan